Semoga rezeki anda kian bertambah, terus diberkati dan dilimpahkan olehNya. Ingat kaya di dunia biarlah selari dengan amalan untuk bekalan ke akhirat. Di sini kami berikan 5 cara untuk menjadi kaya yang semua orang boleh praktikkan dalam kehidupan seharian.
1. Solat
Orang yang sentiasa menjaga solat dengan ikhlas, tawaduk dan khusyuk akan diberi jaminan rezeki oleh Allah. Jaga solat berjemaah dan awal waktu menjadi syarat utama mendapat limpahan rezeki dari Sang Pencipta.
Ayat Al-Quran berikut menjadi bukti bahawa solat adalah amalan yang mendatang rezeki kepada kita.
“ Suruhlah keluargamu untuk solat dan sabarlah dalam mengerjakannya.Kami tidak menuntut rezeki daripadamu.Kamilah yang memberi rezeki. Balasan yang baik akan diberikan kepada orang yang bertakwa” –ayat 132 Surah Thaha
2. Istighfar
Istighfar ialah memohon ampun kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan.Realiti istighfar mengakui salah diri sendiri dan berazam untuk tidak mengulangi lagi pada masa yang akan datang.
Lafaz istighfar bukan hanya pada mulut tetapi perlu dihayati ke dalam hati.
Rezeki kita terhalang akibat dosa.Sebab itu hilangkan dosa maka rezeki akan masuk dengan mudah dan senang.Malah orang yang Allah terima istighfar mereka, akan mendapat kekayaan dan kejayaan berlipat kali ganda.
Dalam ayat berikut cukup jelas mengambarkan istighfar boleh mendatangkan rezeki yang kita idamkan dalam hidup ini.
“ Maka aku katakan kepada mereka, mohon ampunlah kepada TuhanMu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan ( pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai ” –ayat 10-12 Surah Nuh
3. Sedekah
Hanya mereka yang faham konsep sedekah sanggup melakukan amalan ini baik semasa dalam kekurangan maupun ketika lebihan rezeki.
Ada pula orang hanya bersedekah ketika dikurniakan rezeki lebih dan tidak kurang juga yang semakin sukar bersedekah walaupun sudah hidup senang. Itu terpulang kepada iman masing-masing.Sedekah bukan kewajipan sebagaimana zakat.Namun siapa yang bersedekah pasti mendapat balasan daripada Allah.
Ayat berikut boleh menjadi dalil untuk menyatakan apa sahaja yang disedekah akan diberi balasan.
“ Dan apa jua yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dia Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya.” –ayat 39 Surah Saba’
Sedekah juga sebenarnya amalan murah rezeki dan cepat kaya.
4. Takwa
Takwa adalah matlamat utama orang beriman.Sebab iman dan takwa mesti bergerak sejajar dalam minda dan pemikiran.Maksud termudah takwa ialah buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Hanya dengan bertakwa maka rezeki akan mudah datang.Kedatangan pula mungkin dari tempat atau jalan yang kita tidak sangka-sangka.
Begitulah yang dinukilkan dalam ayat Al-Quran berikut.
“ Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka” –ayat 2-3 Surah al Talaq.
Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa surah ini adalah surah pembuka rezeki
5. Asmaul Husna
Hanya dengan menyebut nama Allah kita boleh menarik rezeki yang diingini.Bunyinya seperti kurang serius tetapi itulah realiti yang wajar dipercayai.
Asmaul Husna terdiri daripada 99 nama Allah yang sangat indah dan sangat sempurna.Ada yang menjadikan Asmaul Husna sebagai doa pembuka rezeki dan kekayaan
Namun sedar atau tidak, Asmaul Husna mempunyai fadilat yang tersendiri.Antaranya mendatangkan rezeki dan memudahkan doa pengamalnya diterima Allah.
Terdapat dalil yang cukup kuat berkaitan perkara ini seperti berikut.
“ Dan bagi Allah Asmaul Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-Nya” –ayat 7, Surah al-A’raf
6. Bernikah
Bernikah adalah tuntutan agama bagi mereka yang mampu dan berkeinginan untuk berkeluarga.Membina keluarga yang sakinah, mauwadah wal rahmah jadi impian kebanyakkan orang.
Sungguhpun begitu masih ada yang meletakkan kemampuan kewangan dan harta benda untuk bernikah.Tidak sepatutnya begitu jika bersandarkan dalil Al-Quran berikut.
““Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Ayat 32 Surah An-Nuur
Sumber: Pesona Pengantin
from Sehinggit Media https://ift.tt/3ikLtgb
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3oRQYoT
via MerahHatiCintaku.blogspot.com