Selamat diijabkabulkan pada 1 Januari lalu, pasangan selebriti pelakon Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka di media sosial untuk tatapan umum.
Sering memuat naik video dan foto bahagia bersama, Ayda semalam ada mengemas kini akaun Instagramnya dan turut mendedahkan perangai pelik suaminya itu iaitu Nabil Mahir.
Kata Ayda, Nabil suka menghidu ketiaknya di masa lapang. Wah, betul-betul pelik ni!
Jika sebelum ini penyanyi lagu Pencuri Hati itu ada memberitahu bahawa Nabil gemar mencium pipinya untuk tempoh yang lama, nampaknya perkongsiannya kali ini ternyata mencuri perhatian netizen.
Ada warga maya yang beranggapan IG Story pelakon drama Pinjamkan Hatiku untuk sebagai keterlaluan untuk ditayangkan di media sosial dan bertindak untuk tampil memberi kritikan mengenai perbuatan itu.
Mengimbas kembali, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada tanggal 1 Januari 2021 yang lalu setelah lapan bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Instagram Ayda Jebat via https://ift.tt/2joTdzG
from Sehinggit Media https://ift.tt/3ajlAtl
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3r526Q9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com