Sejak beberapa hari lalu, nama usahawan kosmetik sensasi, Sajat Kamaruzzaman kembali menjadi bualan ramai selepas memuat naik video pendedahan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sajat memaklumkan dia ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bahru susulan laporan yang dibuat pada Ogos 2018 di mana dia mengenakan pakaian wanita ketika majlis doa selamat yang diadakan di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.
Meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku, menerusi perkongsian terbaru, Sajat mengenang nasib dirinya apabila ditangkap kerana bersedekah.
Sajat berkata lagi mungkin orang ramai lebih suka dia melakukan kerja kotor daripada melakukan amal kebajikan. Ujarnya, mungkin dia tidak layak dalam agama Islam.
Jelas Sajat lagi, meskipun dia melakukan amal kebajikan dengan bersedekah tetapi dikatakan mempermainkan agama. Sajat turut mempersoalkan dimana salahnya apabila berpakaian wanita sedangkan sudah mempunyai kemaluan wanita.
“Orang macam saya ini tak layak untuk hidup macam orang biasa! Memang kena duduk kat lorong, buat kerja massage atau pun melacur online!
“Buat sedekah tu adalah mainan agama! Pakai perempuan pulak (pakaian sopan)..Walaupun dah mempunyai kemaluan wanita!” tulisnya.
Meskipun sudah melaksanakan tanggungjawab dengan membayar zakat dan segala cukai namun dia ditindas dan tidak mendapat hak asasi manusia.
“Nasib nasib bayar zakat,bayar lhdn ,bayar tax,bayar gst!Tapi saya tak dapat hak asasi manusia!! Semua kena tindas!” katanya lagi.
Sumber: ROTIKAYA
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Kc469k
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3qllojI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com