Tuesday, 19 January 2021

Raih RM18,000 Dalam Masa 2 Bulan, Netizen Terkejut Tengok Pendapatan ‘Rider’ Makanan

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, semestinya perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah ditagih oleh masyarakat, selaras arahan kerajaan yang mahu rakyat kekal di rumah masing-masing.

Kaadaan ini sekali gus membuatkan permintaan terhadap perkhidmatan ‘rider makanan’ meningkat kerana dapat membantu masyarakat memesan makanan yang diingini tanpa memerlukan mereka keluar dari rumah.

Beberapa hari lepas tular jumlah pendapatan dua bulan seorang ‘rider’ makanan di media sosial menjadi yang perhatian netizen. Rata-rata terkejut kerana selama dua bulan ‘rider’ tersebut berjaya meraih RM18,005.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa bukan mudah untuk mendapat pendapat sebanyak itu kerana memerlukan komitmen dan rajin berusaha untuk mencapainya.

Malah, ada juga netizen mengatakan anak muda harus rajin bekerja kerana dalam kesusahan akan ada kesenangan kelak. Tidak semua orang sanggup bekerja sebagai ‘rider’ disebabkan risiko dan penat.

Komen Netizen

Akan tetapi, ada juga yang tidak bersetuju tindakan ‘rider’ tersebut mendedahkan pendapatan yang diterimanya kerana akan memberikan kesan kepada ‘rider’ lain. 

Apakah pendapat anda akan perkara ini?

Sumber: https://ift.tt/2lYDw1g



from Sehinggit Media https://ift.tt/2XVvhJ0
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XRR1p9
via MerahHatiCintaku.blogspot.com