Wednesday, 27 January 2021

Shuk Sahar Akui Kesilapan, Sanggup Buat Apa Saja Demi Dapatkan Keluarga

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar tampil memuat naik posting terbaru di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi perkongsian itu Shuk mengakui bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang keruh dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan keluarganya semula.

“Setiap orang melakukan kesalahan… dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya. Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang telah keruh. Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya,” katanya.

Shuk turut memuat naik video bertemu dia datang bertemu anaknya yang berlari mendapatkannya dan kelihatan seolah merindu bapa mereka.

Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan selebriti dan netizen yang memberikan kata-kata semangat serta berharap pelawak itu belajar daripada kesilapannya.

Sumber: ROTIKAYA



from Sehinggit Media https://ift.tt/3pulPbq
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NA1KCw
via MerahHatiCintaku.blogspot.com