Wednesday, 20 January 2021

Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Bermula Hari Ini, Boleh Semak Jika Anda Sudah Terima

Pada bulan September tahun lalu, kerajaan dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN (2.0) untuk golongan B40 dan juga M40.

Bayaran ini dilakukan secara 2 fasa yang mana fasa pertama telah pun dibayar bermula Oktober 2020.


Untuk fasa kedua pula, ia akan mula dibayar bermula hari ini (21 Januari) untuk golongan B40 manakala 25 Januari pula untuk kategori M40.


Bayaran yang diterima adalah dikreditkan terus kepada akaun pengguna namun pengguna juga boleh menyemak mengenai status penerimaan melalui portal rasmi BPN di sini.


Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran dilakukan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai dari 25 Januari 2021.

Untuk penerima di Sabah/Sarawak tanpa akaun bank pula, mereka akan menerima bayaran bermula Februari sehingga 1 April 2021 menerusi lokasi-lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan Januari ini.

Secara ringkasan, untuk fasa kedua, ini adalah bayaran yang akan diterima:

B40 bujang sebanyak RM150 - Jumlah keseluruhan RM500

B40 isi rumah sebanyak RM300 - Jumlah keseluruhan RM1,100

M40 bujang sebanyak RM100 - Jumlah keseluruhan RM300

M40 isi rumah sebanyak RM200 - Jumlah keseluruhan RM600

Sementara itu, anda juga kini boleh membuat permohonan baharu atau kemaskini untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang kini sudah pun dibuka melalui laman ini.

Sumber: WISER


from Sehinggit Media https://ift.tt/2M9hhbM
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3p5jMKX
via MerahHatiCintaku.blogspot.com