Monday, 25 January 2021

Saya Mengaku Hubungan Cinta Dengan Shuk Sudah Berakhir, Fara Salleh Report Polis Selepas Terima Ugutan Bunuh

Bimbang dengan pelbagai ugutan diterima daripada individu tidak dikenali, wanita didakwa menjalin hubungan sulit dengan penyampai radio, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil membuat laporan polis.

Wanita berusia 28 tahun itu kesal apabila apabila isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menyebarkan maklumat peribadi seperti nombor telefon dan alamat rumahnya.

“Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang nak ugut nak bunuh… sebab tu saya terpaksa buat laporan polis. Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,” katanya kepada mStar Online.

Fara ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya selepas ‘diserang’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu di rumahnya.

Menurut Fara, Rossalennah datang ke rumahnya kira-kira jam 2 pagi dan mendakwa dia menyembunyikan Shuk di dalam rumah. Namun, dia enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.

“Saya diserang dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan Agama Islam dan polis, biar pihak berkuasa periksa rumah saya.

“Selain itu saya bagi pilihan lain iaitu dengan mengajak dia melakukan panggilan video dan saya akan buat home tour dia boleh tengok ada atau pun tidak,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya berkenaan hubungannya dengan Shuk, Fara mengakui segalanya sudah berakhir.

“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Korang boleh cakap apa pun, judge, sebab takde dengan saya, tak hidup dengan saya. Saya cuma baca dan diam je,” katanya.

Sumber: ROTIKAYA



from Sehinggit Media https://ift.tt/2Y7LhYi
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3c60m4L
via MerahHatiCintaku.blogspot.com