Sunday, 31 January 2021

Kisah bagaimana Adik Amir jadi anak angkat Puan Norlida

Puan Norlida Abu Hassan, 50, tujuh tahun lalu dia bekerja di Rompin, Pahang mengambil Zubaidi Amir Qusyairi, 7 sebagai anak angkat ketika berusia dua bulan.

Ibu kandung Amir, Zuraida Atan seorang pekerja kolej ditempat anak perempuannya belajar di Melaka. Anaknya selalu menceritakan perihal ibu kandung Amir yang berdepan dengan masalah kewangan dan lain-lain masalah untuk membesarkan Amir sehingga terpaksa menumpangkan bayinya di surau kolej.

Mendengar cerita itu hatinya sebak dan berbesar hati untuk menerima kehadiran orang baharu, biarpun bukan ada pertalian darah namun mengenangkan nasib si anak yang berusia dua bulan yang terpaksa menghadapi kesukaran untuk hidup, dia bersetuju menerima insan istimewa itu.

keluarga Puan Norlida

Anak Puan Norlida dan Ibu Kandung Amir datang dari Melaka ke Pahang dengan menaiki bas untuk menyerahkan bayi lelaki berusia dua bulan tersebut.

Atas niat untuk membantu, Puan Norlida berbesar hati untuk menolong menjaga anak itu tanpa meminta apa-apa bayaran. Malahan semua barang keperluan Amir akan diuruskannya sendiri. Selama menjaga Amir perasaan sayang terhadap anak Kecil itu sangat luar biasa. Seluruh keluarga amat gembira dengan kehadiran Amir yang ditatang bagai minyak yang penuh.

Sehingga pada tanggal 13 Oktober 2020, Ibu kandung Amir datang ke rumah mereka di Rawang untuk mengambil semula Amir untuk dijaga di Melaka. Walaupun berat hati tetapi terpaksa melepaskannya kerana Pn Norlida sedar hak Ibu kandung Amir lebih besar berbanding dirinya sekadar ibu angkat.

Anak angkat baru 3 bulan diserah semula kepada ibu kandung mati disyaki didera

Puan Norlida tidak menyangka anak angkat yang diserahkan semula kepada ibu kandungnya tiga bulan lalu meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di rumah ibu kandungnya di Taman Krubong Jaya.

Zubaidi Amir Qusyairi

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, Bilik Gerakan (DCC) JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anak mereka lemas di dalam tong air di rumahnya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan daripada itu, ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun telah ditahan. Di samping itu juga, kertas siasatan mengenai kes ini bakal dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sila subcribe channel kami untuk menonton lebih banyak video terkini @ bit.ly/denaihatiTV

The post Kisah bagaimana Adik Amir jadi anak angkat Puan Norlida first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3cEg1c7
via Denaihati.com