Friday, 29 January 2021

Dakwa Lelaki Curang Kerana Izin Allah, Instafamous Ini Teruk Kena Kecam

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai seorang penyampai radio yang didakwa berlaku curang. Susulan kes itu, seorang selebriti media sosial tampil memberi pendapat mengenai isu berkenaan.

Tular di laman Twitter perkongsian seorang netizen yang memuat naik satu video ulasan seorang selebriti media sosial iaitu Andika Puteraa.

Namun ramai yang kurang senang dengan kenyataan dikeluarkan oleh Instafamous itu yang mengaitkan isu kecurangan dengan takdir yang diizinkan oleh Allah.

Katanya, setiap orang yang curang itu adalah atas izin Allah dan artis tersebut datang ke rumah ‘kekasih gelapnya’ juga kerana digerakkan oleh Allah.

Seperti sudah dijangka, kenyataan Andika itu mengundang kecaman netizen serta menggelar Andika penunggang agama kerana seolah mempergunakan agama untuk menghalalkan kesalahan.

Bagaimanapun, video yang dikongsikan oleh Andika itu telah pun dipadam dan Andika dilihat ada memuat naik satu video bagi menjelaskan apa yang diutarakan dalam video sebelum ini.

Katanya, dia tidak menyokong perbuatan tersebut dan mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan berdosa.

Namun, apa yang mahu disampaikan adalah untuk menasihatkan orang ramai sepatutnya mendoakan mereka yang terlibat dan tidak mengecam mereka.

“Kita bukan sesiapa nak menilai manusia, sebernanya kita perlu mendoakan, jangan kecam dia, doakan kebaikkan.

“Daripada asbab Allah tunjukkan kantoi tulah, dia berubah menjadi sangat setia, sangat penyayang, berhenti buat maksiat dan lebih rapat kepada Allah,” jelasnya lagi.

Sumber: Gulapop



from Sehinggit Media https://ift.tt/2MiYkDT
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39sjmZr
via MerahHatiCintaku.blogspot.com