Sunday, 24 January 2021

Netizen Terkejut Adik Lofa Pakai LA MER RM1k Hanya Untuk Sapu Punggung

Siapa yang mengikuti Instagram @littlemisskhan, Ameera Khan yang merupakan adik kepada Neelofa, pasti mengetahui update terkini darinya.

Agak banyak juga isu yang mengaitkan adik Neelofa ni dan terbaru Ameera sekali lagi menarik perhatian netizen apabila berkongsi produk yang digunakannya untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran.

Perkara ini dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter @butterchikin yang mengatakan dia teringin menjadi kaya seperti Ameera sebaik sahaja melihat Instagram story yang dikongsikan Ameera.

Perkongsian ini lebih mengejutkan lagi bila ada yang memeriksa harga La Mer The Moisturizing Cream 60ml yang dijual serendah RM1,024 dan Ameera hanya sapukannya pada bahagian punggung.


Siap boleh installment 12 bulan lagi tu dengan serendah RM85.33 sebulan. Kah!

Apa-apapun setiap orang memang ada produk penjagaan kesihatan mereka tersendiri dan ikutlah kemampuan masing-masing.

Kalau Ameera ni kita tak perlu nak pelik sebab mereka mampu. Untuk kita orang biasa kenalah kerja kuat dan bila berjaya nanti, belilah La Mer korang juga sapu dekat punggung. Huhu…

Kredit: @butterchikin via Ohmedia



from Sehinggit Media https://ift.tt/2YmQz2t
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YbO2aY
via MerahHatiCintaku.blogspot.com