Keluarga selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai selepas tular sekeping gambar yang memaparkan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) Daging Harimau Menangis sejak semalam.
Foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @pakeri_ itu memaparkan permohonan mempatenkan cap dagangan jenama Harimau Menangis yang diusahakan Noor Khan Enterprise milik Noor Kartini Noor Mohamed.
Difahamkan, Noor Kartini mempatenkan cap dagangan Harimau Menangis menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Selain itu, sebuah rakaman video yang dimuat naik dalam InstaStory Noor Kartini turut tular di media sosial.
Dalam video berkenaan, Noor Kartini memberitahu pihaknya sudah mendaftar untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis.
dh trademark lah. pic.twitter.com/jITuRU1DPH
— sayangfura (@BafouraBakery) January 12, 2021
“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis,” katanya dalam video tersebut sambil memasak.
Bagaimanapun, perkara tersebut mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menyifatkan nama dan logo tersebut sudah lama digunakan oleh ramai pihak dan tidak seharusnya dipatenkan.
Komen netizen di media sosial
Sumber: Kosmo Online via ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/3bB2sJG
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3i7bwaF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com