Semalam kecoh di media sosial apabila isteri kepada pelawak dan penyampai radio Syuk Sahar mendedahkan bahawa suaminya itu kembali curang dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.
Ternyata perkara itu telah menarik perhatian bekas vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Kecik. Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin sebelum ini pernah juga dikaitkan dengan wanita itu dan dia telah didakwa pernah memukul dan tinggal sebumbung bersamanya.
Menerusi ruangan Twitter, Kecik dilihat telah memuat naik satu ciapan yang meminta isteri Syuk iaitu Rossalenna Natassyiah Asshaferah untuk menghadapi ujian perkahwinan itu dengan hati yang tabah dan turut memberi pesanan kepada pelawak itu agar menjadi matang dan tidak memperlakukan isteri dengan sesuka hati.
Eh jadi pulak? Kecik harap wife shuk (sera) dapat harungi semua ni dgn tabah.. Shuk please matang! Jangan buat para para isteri macam ni! https://t.co/rjfA6FFmQt
— Kecik tak act. (@kecikogie) January 23, 2021
Terdahulu, Kecik pernah membuat pendedahan bahawa dirinya telah dimanipulasi oleh wanita itu dan menjelaskan bahawa segala apa yang diceritakan itu hanyalah untuk memberi pengajaran kepada orang ramai di luar sana.
Aku dah cakap.. doa orang dianiaya/teraniaya ni dimakbulkan... Walaupun bertahun ambik masa untuk orang percaya aku. Since 2016 sampai 2020.. tapi berbaloi.. so ex ex fans yg dah berpaling sebab cakap i jahat dulu boleh come come semula tak untuk i buat come back? Haha. https://t.co/eqyaHLoO8n
— Kecik tak act. (@kecikogie) July 30, 2020
Sumber: https://beautifulnara.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/3c86h9I
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/365OEDs
via MerahHatiCintaku.blogspot.com