Dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan telah mengumumkan BSH kini digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.
Pendaftaran MyBPR perlu dibuat sekiranya anda membuat permohonan baru BPR 2021.
Sekiranya anda adalah penerima BSH 2020 atau BPN 2.0 dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk MyBPR.
Syarat Kelayakan
SIAPAKAH YANG AKAN MENERIMA BAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021?
Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.
Pembayaran Fasa Pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat. Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat seperti berikut :
Kategori Isi Rumah | RM300 |
Individu Bujang berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun |
RM150 |
CARA PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT BPR 2021
Pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:
i. Berjaya kredit ke akaun bank.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.
ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah Tunai di Kaunter BSN.
Anda boleh membuat Permohonan Baharu atau Kemas Kini BPR 2021.
Permohonan Baharu atau Kemas Kini BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021. https://bpr.hasil.gov.my
Soalan Lazim
Siapa yang perlu kemaskini BPR 2021?
Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini tanpa perlu membuat permohonan baru.
Bilakah permohonan baru akan dibuka?
Bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.
Apakah URL rasmi portal BPR?
https://ift.tt/3lPagdl
The post Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/2Ydps9V
via Denaihati.com