Lelaki positif Covid-19 tinggal nota sebelum terjun dari flat
Seorang pesakit Covid-19 sempat meninggalkan nota sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah flat di Bandar Baru Sentul baru-baru ini.
Mangsa seorang warga tempatan berusia 57 tahun itu kini cedera parah dan koma di hospital. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat mengalami kecederaan yang kritikal dan terlantar dalam keadaan koma.
Polis menemui nota yang ditinggalkan pada badan mangsa sebelum mendapati nota itu menyatakan dia positif Covid-19 sebelum terjun membunuh diri.
Pesakit Covid-19 bunuh diri dipercayai kerana kemurungan
Seorang warga emas ditemui mati di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan semalam selepas dipercayai bunuh diri akibat kemurungan dijangkiti Covid-19.
Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang Mohd Akmalrizal Radzi, mangsa berusia 66 tahun itu membuat dua ujian saringan Covid-19 pada 7 serta 18 Januari dan kedua-duanya didapati positif.
“Mangsa pada 22 Jan telah mengajak isterinya pergi ke Public Bank untuk pindahkan wang sebanyak RM40,000 untuk tujuan rawatan Covid-19 mangsa.
“Menurut isteri, mangsa sering mengadu kesakitan dan berada dalam keadaan murung apabila disahkan positif Covid-19.
266 bunuh diri ketika PKP dilaksana
Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan dan masalah keluarga menjadi punca utama seseorang nekad meragut nyawanya sendiri ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 266 kes bunuh diri dilaporkan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19. Ia sekali gus menunjukkan secara purata lebih 30 orang bunuh diri sebulan atau seorang setiap hari dalam tempoh berkenaan.
Tun M minta rakyat bersabar hadapi cabaran Covid-19
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat negara ini supaya bersabar dan tidak berputus asa dalam menghadapi kesan buruk ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Menurutnya, berita kejadian bunuh diri atau cubaan membunuh diri didapati berlaku hampir setiap hari.
“Memang dalam menghadapi cabaran yang sebegitu besar dan berat ini, ada yang merasa hilang harapan dan semangat kerana beban yang digalas itu begitu perit dan pedih.
“Saya menyeru agar kita semua dapat bersabar dan tabah mengharungi cabaran ini. Memang benar betapa berat mata memandang lebih berat bahu memikul.
“Saya percaya kita akan dapat atasi cabaran ini kerana Tuhan tidak menduga kita jika kita tidak berupaya menghadapinya,” katanya.
Katanya, masyarakat perlu yakin bahawa masih ada kebaikan yang dapat diperoleh di sebalik kesukaran yang mereka sedang hadapi ketika ini.
Sekiranya anda merasa tertekan, mempunyai kecenderungan bunuh diri, atau mengenali seseorang yang sedemikian, anda boleh menghubungi Befrienders untuk mendapatkan bantuan dengan mengikuti langkah di laman web https://www.befrienders.org.my/
Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah membuat talian sokongan psikososial untuk pekerja barisan hadapan dan orang lain yang secara emosional terjejas oleh wabak Covid-19.
Talian itu boleh dihubungi di 011-63996482, 011-63994236 atau 03-9359935, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
The post Kisah sedih Covid 19 : Bunuh diri putus asa dengan Covid 19 first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3phz13x
via Denaihati.com