Sunday, 17 January 2021

Kekasih Enggan Kahwin Lepas Lahirkan Anak, Wanita Terjun Bangunan Sambil Peluk Bayi

Hong Kong: Seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima bulan.

Dilaporkan, mangsa, Luo Lili, 34, mengambil keputusan itu selepas kecewa dengan kekasihnya yang enggan mengahwininya selepas mengandungkan bayinya.

Media tempatan Hong Kong melaporkan keadaan sangat menyedihkan apabila mangsa terjun dari pangsapuri berkenaan sambil mendukung bayinya.

Beberapa laporan mengatakan mangsa mengalami kemurungan selepas melahirkan bayi.

Bayi perempuannya, Aier yang baru berusia lima bulan juga meninggal dunia di sisi ibunya.

Polis Hong Kong mengatakan kejadian berlaku di sebuah blok pangsapuri di Yau Ma Tei.

"Siasatan awal mendapati mereka jatuh dari sebuah unit dan tidak ada surat wasiat ditemui di lokasi kejadian," katanya.

Rakan mangsa mengatakan Luo yang ketika itu mengandung berharap teman lelakinya mengahwininya untuk menghalalkan hubungan mereka, tetapi kekasihnya enggan.

Luo anak perempuan tunggal konglomerat Jinlin Real Estate memiliki projek rumah mewah di China.

Ayahnya berasal daripada keluarga doktor yang mempraktikkan perubatan tradisional China selama enam generasi.

Luo yang juga graduan lepasan Amerika Syarikat sejak kecil hidup serba mewah.

Pada 2014 dia membina empayar perniagaannya diberi nama TriBeluga, sebuah firma perkhidmatan inkubasi yang menghubungkan syarikat permulaan global dengan China.

Dia juga beberapa kali dilihat bertemu pemimpin dunia seperti Hillary Clinton dan artis terkenal Rita Ora.

Dalam satu wawancara pada 2015, Luo mengakui tidak mudah dilahirkan sebagai anak orang kaya kerana mereka dituntut harus berjaya.

"Orang lain mengira kami senang melakukan apa pun, tapi tidak begitu. Kalau orang biasa dapat menyelesaikan sesuatu perkara 60 peratus, tetapi kami harus melakukannya 80 peratus.

"Secara khusus kerana saya perempuan, saya harus menyelesaikan 95 peratus tugas supaya dianggap sebagai berhasil," katanya.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media https://ift.tt/2Kr5jdc
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/38PHW6d
via MerahHatiCintaku.blogspot.com