Sejak semalam tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemui maut terlangkup didalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Alor Gajah, Melaka.
Terdapat juga kesan lebam di badan mangsa dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.
Keluarga angkat sedih dan terkejut
Disebalik tragedi tersebut, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tuhfah Naziha Tarmidi menzahirkan rasa sedih apabila mangsa yang dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi, 7 yang pernah menjadi adik angkatnya meninggal dunia dibawah jagaan ibu kandung.
Hal tersebut berikutan kanak-kanak tersebut baru sahaja diserahkan semula kepada ibunya selepas 6 tahun dijaga keluarga angkat.
Betul2 sudah berpisah
Selepas diserahkan kembali kepada keluarga kandung, mereka sudah jarang berhubung dan kini Tuhfah Nazihah memaklumkan pemergian adik angkatnya amat menyedihkan kerana meninggal dunia buat selamanya.
Ketika ini, dia sudah berada di Melaka bagi menziarahi jenazah allahyarham sebelum dikebumikan.
Terdahulu, menerusi Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak terbabit didakwa lemas di dalam tong air dirumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan pada fizikal badannya.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal terhadapnya terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.
Sumber: BH Online via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/3airKKn
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36r4mcz
via MerahHatiCintaku.blogspot.com