Wednesday, 27 January 2021

Sejuk Hati, Norman Hakim Dapat Duit Belanja Dari Anak Bujangnya Hasil Duit Ajar Orang Mengaji Di Musim PKP

Pelakon Norman Hakim, 45, terharu dengan tindakan anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim, 17, yang memberikannya duit belanja hasil daripada titik peluh bekerja.

Difahamkan, Danish menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencari wang sendiri dengan mengajar orang mengaji secara online.

Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berbuat seperti itu namun mereka belajar dari apa yang dilakukannya.

"Sekadar berkongsi, saya tidak pernah ajar anak-anak untuk bagi duit pada ibu bapa, tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita.

"Kita memimpin dengan teladan. Insha-Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.

"Itu semua janji Allah yang memang dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44).

"Yang penting kena sentiasa ikhlas dan istiqomah.Semoga kita sama-sama sentiasa dipelihara di bawah jagaanNya," tulisnya di Instagram (IG).

Menerusi perkongsian itu, Norman menunjukkan jumlah yang diterima iaitu sebanyak RM200,00.

Dalam pada itu, pelakon drama Chandelier turut mendoakan agar bisnes dan perjalanan anak lelakinya untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipermudahkan Allah.

"Semoga usaha dan bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan dan dirahmati.

"Mohon doakan juga untuk peperiksaan SPM abang @danishhakimofficial insha-Allah kalau takda aral mula pada 22 Februari 2021 ni nanti," tulisnya lagi.

Sumber: Gempak.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3oofgWK
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cjq85I
via MerahHatiCintaku.blogspot.com