Tuesday, 12 January 2021

Sajat Dedah Jalani Pembedahan Tukar Jantina, Minta Hak Kemanusiaan

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat seperti memberi bayangan ingin meninggalkan agama Islam selepas mendakwa kerja-kerja amal kebajikannya tidak dipersetujui segelintir pihak.

Bukan itu sahaja, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan, dia sudah menjalani pembedahan penukaran jantina.

“Adakah aku seorang kafir? Seorang yang tidak layak memeluk Islam dan berbuat baik dalama agamaku.

“Bila terjadi macam ini, aku rasa, aku makin jauh untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ujian berat dan tindakan tidak wajar pada diri aku kerana aku bersedekah dengan memakai pakaian wanita.

“Ini semua haram. Kau itu tak layak beragama Islam. Sebab itu kad pengenalan lelaki walaupun kau tiada nafsu pada wanita. Semua kata kau ini lelaki dalam kad pengenalan.

“Walaupun kau sudah menjalani pembedahan penukaran jantina. Ini semua kau buat wakaf tetap haram sebab kau berpakaian wanita,” tulis Sajat melalui InstaStorynya.

Terdahulu, Nama Sajat kembali menjadi bahan bualan netizen selepas dia mendakwa, dirinya ditahan reman oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mengadakan majlis doa selamat dan bacaan yassin di pejabatnya di Shah Alam.

Menurut Sajat, 36, dia ditahan pada tanggal 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu dan dia telah dilayan tidak wajar walaupun datang bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS.

“Saya digari, dikasari dengan kata-kata dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa. Tangan dan badan saya bengkak kerana pergelutan saya ketika saya mempertahankan diri.

“Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia lain juga. Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesan daripada kejadian mengganggu perniagaan saya dan mental,” katanya.

Difahamkan, Sajat ditahan selepas mengadakan majlis doa selamat untuk anak-anak tahfiz pada tarikh 23 Februari 2018 sebelum segelintir pihak mengambil tindakan membuat laporan kepada JAIS yang tidak bersetuju dirinya berpakaian seperti seorang wanita yang dilihat seperti mempermainkan agama 

Sumber: Kosmo Online



from Sehinggit Media https://ift.tt/3nCaG6X
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3i9mvAb
via MerahHatiCintaku.blogspot.com